Make up Rate

BRIDAL
enggament- RM250
soolemnization- RM 300
reception- RM 350
-Free accessories(veil,crown,necklace,earings,etc) for more than 2 bridal sessions

EVENT MAKEUP
day- RM70/RM100
night- RM120/RM150
-Fake lashes included
-get discount of RM20/ person for a group of 3 and above

OPTIONAL
accessories(silver only)- RM20-RM80
trial makeup- RM100
stayback charges (max 3hrs)- RM150
changing look- RM200

NOTES
*All rates are excluding travel charges which varied according to location
*Deposit is needed to confirm your booking, payable to my CIMB/MAYBANK account



Friday, May 7, 2010

MAKE UP UNTUK BERITA HARIAN

PESONA ABAYA HITAM

Hasil kerja ekin di berita harian edisi ratu untuk kawanku Durrah.Ceritanye durrah ni just call ekin last minute "ekin,boleh tak make up kn model durrah esok dua org kt banggunan NSTP tapi nak meka up ala-ala arab". So ekin kebetulan masa tu free so just say "ok,durrah ekin leh make up kan". ekin minta la kawan ekin inani untuk temankan ekin make up (assistant untuk teman  je hehe". Memandangkan area bangsar memang ekin xtahu sangat jalannye,ekin xnak la ambil risiko untuk bawa kereta sendiri.Cara terbaik naik tren putra jelah.

Sepatutnye start make up pukul 2.00 tapi ekin tersalah naik tren putra turun di kelana jaya (Ya,Allah matilah aku camne boleh tersalah ni)beberapa kali ekin minta maaf dengan si durrah ni sebab lambat.Xpernah la ekin datang make up boleh lambat camni.sampai2 je kena tahan dengan guard (oo..kena ada kad pelawat ke manalah ekin tahu hehe) sabar ye pak cik guard first time datang sini.... inani kawan ekin dah gelak2 je bila sampai.Bayangkan la masa kami sampai dah kul 4.00!!. Nasib baik tukar turn liyana jasmay dan flizzow yang make up so sempat la ekin make up model durrah nie.ekin xsempat nak ambil gambar dengan diaorang coz fokus dengan kerja ekin je.Bilik make up agak kelam-kabut sket masa tue.ekin just tenangkan fikiran dan akhirnya siap gak (hepinye....). thanks inani sebab temankan akak!. Nak say sory jugak dekat durrah coz buat die xtenteram beberapa minit sebelum itu.Kepada durrah terima kasih sebab bagi peluang itu siap bagi door gift lagi..hehe

Hasil kerja ekin


ada banyak lagi contoh di keratan akhbar...
antara petikan akhbar

Tampil menawan dengan busana sopan menutup aurat
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: ‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar).
Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.’
Ayat 59 daripada surah Al-Ahzab jelas menerangkan mengenai suruhan agama mengenai kebaikan menjaga aurat daripada pandangan orang bukan muhrim lantas ia diterjemahkan kepada helaian pakaian bercirikan Muslimah.
Abaya hitam antara busana tradisional yang mematuhi kehendak syarak di mana labuhnya menutupi aib wanita, manakala warnanya juga suram dan tidak menonjol.
Peralihan zaman tidak banyak mengubah budaya wanita Asia Barat, malah membanggakan, abaya hitam juga pernah mencuri tumpuan pereka fesyen terkemuka dunia antaranya Pengarah Artistik Christian Dior, John Galliano sempena pembukaan Saks Fifth Avenue di Riyadh dan Jeddah. Selain Galliano, pencipta busana lain yang mengambil bahagian dalam peragaan abaya itu termasuk rumah fesyen Nina Ricci dan Jean Claude Jitrois dari Perancis, Blumarine dan Alberta Feretti dari Itali, Martin Grant dari Australia serta pereka Venezuela, Caroline Herrera.
Kini, ‘demam’ abaya hitam turut menyelubungi wanita Muslimah di negara ini apabila ramai di kalangan mereka dilihat makin cenderung menggayakan jubah hitam bersama selendang sedondon ala wanita Arab itu pada majlis formal atau sebagai pakaian harian.
Berbeza dengan fenomena jubah berwarna suatu hari dulu, kini abaya hitam bersulam motif Islamik khabarnya lebih mendapat tempat di hati peminat busana Muslimah disebabkan warnanya yang elegan dan penuh misteri.
Pemilik Busana Raudhah yang memasarkan abaya Raudhah, Durrah Mohd Drus, berkata sambutan menggalakkan terhadap pasaran abaya berpunca daripada trend selain pesona hitam yang mampu menyerlahkan personaliti pemakai walaupun potongannya lurus dan ringkas.
Katanya, abaya juga disukai kerana fabriknya tidak panas dan berkualiti tinggi sesuai harga ditawarkan.

“Selain material crepe Internet, kami juga ada menawarkan abaya daripada crepe Lexus dan satin serta paling penting, fabrik dipilih tidak panas apabila dipakai,” katanya. Jualan abaya Raudah secara dalam talian pada asasnya dicetuskan adik Durrah, Boshra Mohd Drus pada September 2009 setelah tertarik melihat perniagaan pakaian sebegitu di Internet dan kini ia turut diusahakannya bersama kakaknya, Hur.
Memulakan perniagaan dengan mengetengahkan 14 rekaan abaya dan sehingga kini mereka telah menghasilkan 39 jenis abaya yang diimport terus dari Emeriyah Arab Bersatu (UAE).
Kata Durrah, Busana Raudhah menawarkan rekaan abaya berpotongan kembang ke bawah sebagai memenuhi tuntutan syarat dengan harga abaya bermula daripada RM100 sehingga RM260 sepasang.

“Setiap abaya didatangkan dengan selendang yang berpadanan dengan warna asasnya adalah hitam. Cuma rekaan sulaman dan bunga pada abaya saja beragam jenis.“Disebabkan ia didatangkan khas dari UAE, maka saiznya juga besar dan labuh. Tetapi bagi memudahkan pelanggan memilih saiz, kami ada memaparkan jadual saiz sebagai rujukan pelanggan di dalam blog,” katanya. Tambah Durrah, bagi menjamin keselesaan, pelanggan juga boleh membuat pengubahsuai secara percuma mengikut kehendak pelanggan selain menempah mengikut ukuran badan. Selain misteri warna, abaya juga dikelaskan melalui keunikan sulaman yang kemas dan berbeza daripada sulaman tempatan.

“Jika dilihat secara kasar, tiada banyak beza antara sulaman Asia Barat dan tempatan cuma yang ketara mungkin coraknya saja di mana orang kita lebih suka menggunakan bunga sebagai motif utama.

“Selain itu, sulaman kita lebih banyak tertumpu pada hujung lengan dan hujung baju, manakala sulaman Asia Barat lebih difokuskan pada bahagian tengah baju,” katanya yang turut menerima tempahan sulaman abaya. Pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala Fashion Trade Institute of Malaysia Designing Center 2010 itu turut mempunyai kemahiran menjahit.

“Berbekalkan kemahiran menjahit dan mereka pakaian, kami merancang untuk menghasilkan rekaan abaya sendiri akhir tahun ini,” katanya sambil memberitahu, Busana Raudhah turut menawarkan pilihan selendang Diamond dan selendang Addurah.
 Info

Abaya Raudhah
Lokasi: Lot 20669-A, Off Jalan Dato Abu Bakar Baginda, Jalan Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi
Laman web: http://www.abayaraudhah.blogspot.com/
“Material paling disukai kebanyakan pelanggan kami adakah daripada crepe Internet kerana sifatnya yang tidak mudah renyuk dan tidak pecah terutama pada bahagian jahitan.

No comments:

Post a Comment